Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, May 31, 2010

TAHNIAH FARHAH- NAIB JOHAN PERTANDINGAN BUKU SKRAP PERINGKAT NEGERI KEDAH


HARI PUTERI ISLAM (PPIM) PERINGKAT NEGERI KEDAH
SK SERI DUSUN NAIB JOHAN PERTANDINGAN BUKU SKRAP

Tahniah..Adik Nurul Farhah Izzatie bte. Azlin telah berjaya merangkul gelaran Naib Johan dalam Pertandingan Buku Skrap Peringkat Negeri Kedah. Pertandingan tersebut sempena Hari Puteri Islam Negeri Kedah yang telah diadakan di SMK Sultanah Bahiyah,Alor Setar.
Bermotifkan guna semula bahan terbuang untuk dijadikan hiasan kreatif telah berjaya menarik hati pengadil dan pengunjung untuk memberi kemenangan kepada Adik Farhah. Bahan-bahan terbuang yang dijadikan bahan utama buku skrap tersebut ialah kertas surat khabar, daun, rumput, plastik, kulit kayu dan batu-batu kecil.
Kesungguhan Adik Farhah semasa menyediakan buku skrap tersebut telah menyerlahkan bakat dan kreativiti yang dimilikkinya dan tidak hairanlah jika di suatu masa nanti Adik Farhah mampu merealisasikan cita-citanya untuk menjadi Doktor.
Tahniah kepada guru-guru pembimbing iaitu Pn.Rosni,Pn.Halimah,Pn.Rahmah dan guru-guru lain yang turut menjayakan pertandingan tersebut.

Wednesday, May 12, 2010

UCAPAN KREATIF HARI GURU



Pelajar-pelajar SK Seri Dusun dijemput membuat ucapan kreatif kepada guru-guru SK Seri Dusun secara menulis di ruangan "comments" di bawah. Ucapan kreatif anda berpeluang menerima "hadiah misteri". Peluang ini terbuka kepada murid-murid SK Seri Dusun sahaja. Pastikan nama penuh dan nama kelas dimasukkan.

SELAMAT HARI GURU

Sunday, May 9, 2010

PELAJAR SK SERI DUSUN JOHAN BUKU SKRAP

HARI PUTERI ISLAM (PPIM) PERINGKAT DAERAH BALING SIK
SK SERI DUSUN JOHAN BUKU SKRAP


Sambutan Hari Puteri Peringkat Daerah Baling Sik telah diadakan pada 8 Mei 2010 bertempat di Sekolah Menengah Tunku Putera.Pelbagai pertandingan telah diadakan sempena hari tersebut.Sekolah-sekolah dalam Daerah Baling Sik telah menyertai pertandingan tersebut.Majlis perasmian pertandingan telah disempurnakan oleh Tn.Hj.Abd.Rashid bin Md.Yosof, Pegawai Pelajaran Daerah Baling Sik.Pertandingan yang dijalankan ialah;

1. Pertandingan Buku Skrap
2. Penulisan Kreatif
3. Membuat Buku Log
4. Gubahan Sireh Junjung
5. Bercerita
6. Hafazan

Pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Dusun turut serta menyertai beberapa acara dan telah berjaya dalam beberapa acara yang dipertandingkan iaitu;

1. Johan bagi Pertandingan Buku Skrap. Peserta SKSD yang berjaya ialah adik Nurul Farhah Izzatie bt.Azlin dan adik Ummi Nadzirah bt.Hasbullah.

2. Naib Johan pertandingan Penulisan Kreatif. Peserta SKSD yang berjaya ialah adik Nurul Syafiyah bt. Kamarulzaman

3. Naib Johan Pertandingan Buku Log. Peserta SKSD yang berjaya ialah adik Nur Asmaa' bt.Rohani dan adik Aida Nazira bt. Ahmad.

Tahniah kepada peserta-peserta yang berjaya dan juga kepada guru-guru pembimbing iaitu Pn.Rosni bt.Khalib, Pn.Aziyatun bt.Arif,Pn.Rahmah bt.Hasan, Pn.Siti Basirah bt.Abdullah dan Pn.Rohani Razak. Pertandingan anjuran Puteri Islam berjaya mencungkil kreativiti dan bakat pelajar dalam pelbagai bidang. Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian cemerlang yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar.