Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, June 29, 2010

AMIRA

Kenali bekas pelajar SK Seri Dusun yang berjaya mencipta nama dan menjadi kebanggaan Seri Dusun.




Amira Abdul Hamid
exam exam. good luck alexxys! do our bestest best

And if you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
And Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me~ :)

Alexandria, with a population of 4.1 million, is the second-largest city in Egypt, and is the country's largest seaport, serving about 80% of Egypt's imports and exports. Alexandria is also an important tourist resort. Alexandria extends about 32 km (20 mi) along the coast of the Mediterranean Sea in north-central Egypt. It is home to the Bibliotheca Alexandrina (the new Library). It is an important industrial centre because of its natural gas and oil pipelines from Suez, another city in Egypt.

In ancient times, Alexandria was one of the most famous cities in the world. It was founded around a small pharaonic town c. 331 BC by Alexander the Great. It remained Egypt's capital for nearly a thousand years, until the Muslim conquest of Egypt in AD 641 when a new capital was founded at Fustat (Fustat was later absorbed into Cairo). Alexandria was known because of its lighthouse (Pharos), one of the Seven Wonders of the Ancient World; its library (the largest library in the ancient world); and the Catacombs of Kom el Shoqafa, one of the Seven Wonders of the Middle Ages. Ongoing maritime archaeology in the harbour of Alexandria, which began in 1994, is revealing details of Alexandria both before the arrival of Alexander, when a city named Rhacotis existed there, and during the Ptolemaic dynasty

Email: ahmoishengal@gmail.com

Pelajar SK Seri Dusun yang telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR dan menyambung pelajaran di SM Sains Pokok Sena (Sekolah Berasrama Penuh). Kini beliau melanjutkan pelajaran di "Alexandra University" dalam bidang perubatan. Tahniah..pastinya anda menjadi ikutan pelajar-pelajar SK Seri Dusun.

Sunday, June 6, 2010


Cerpen - Hadiah Buat Guru

Seperi biasa, Ustazah Kamilia masuk mengajar ke kelas 2 Mawar. Beliau mengajar matapelajaran Pendidikan Islam. Beliau seorang guru yang berdedikasi dan sangat disayangi oleh murid-muridnya.

Hari Guru akan menjelang dua hari lagi. Murid-murid di Sekolah Kebangsaan Raja Alam Shah telah membuat persiapan bagi menyambut hari itu. Tidak ketinggalan juga murid-murid kelas 2 Mawar itu. Mereka juga membeli hadiah untuk Ustazah kesayangan mereka. Natrah seorang pelajar yang miskin. Pada malam itu, Natrah ingin meminta sedikit wang daripada ibunya. Dia ingin membeli hadiah buat Ustazah Kamilia kerana banyak berjasa.
"Ibu, bolehkah ibu berikan sedikit wang ? Saya nak beli hadiah buat Ustazah Kamilia," kata Natrah. "Natrah, hadiah tak semestinya mahal. Kejayaan kamu sudah cukup menggembirakan guru kamu," ujar ibu Natrah.

Dua hari berlalu......

Tibalah hari yang ditunggu-tunggukan oleh seluruh warga SK Raja Alam Shah. Pada hari ini mereka akan memberi hadiah kepada guru mereka. Ustazah Kamilia di kelilingi oleh anak-anak muridnya. Dia berasa ada sesuatu yang kurang. Dia pun bertanya kepada rakan sekolah Natrah. " Natrah tidak hadir ke sekolah ke hari ini?" kata Ustazah Kamilia. " Dia hadir tetapi dia berada di kelas."

Ustazah Kamilia mengorak langkah ke kelas 2 Mawar. Apabila sampai di kelas yang ditujui, dilihatnya, Natrah sedang termenung. Dia menegur Natrah, " Assalamualaikum." Natrah menjawab salam gurunya itu. Natrah cepat-cepat meminta maaf kerana tidak memberikan hadiah kepada gurunya. " Hadiah tak penting bagi saya. Yang paling penting adalah kecemerlangan muridnya. Sudahkah kamu lancar membaca ayat yang ajar semalam?" tanya Ustazah Kamilia. "sudah" "Mari saya semakkan bacaan kamu." Natrah membuka Al-Qurannya. Dia membaca dengan lancar serta fasih sebutannya.
Inilah hadiah yang paling bermakna buat saya....


Dari - Nurul Syafiyah binti Kamarulzaman
6 Bitara

Monday, May 31, 2010

TAHNIAH FARHAH- NAIB JOHAN PERTANDINGAN BUKU SKRAP PERINGKAT NEGERI KEDAH


HARI PUTERI ISLAM (PPIM) PERINGKAT NEGERI KEDAH
SK SERI DUSUN NAIB JOHAN PERTANDINGAN BUKU SKRAP

Tahniah..Adik Nurul Farhah Izzatie bte. Azlin telah berjaya merangkul gelaran Naib Johan dalam Pertandingan Buku Skrap Peringkat Negeri Kedah. Pertandingan tersebut sempena Hari Puteri Islam Negeri Kedah yang telah diadakan di SMK Sultanah Bahiyah,Alor Setar.
Bermotifkan guna semula bahan terbuang untuk dijadikan hiasan kreatif telah berjaya menarik hati pengadil dan pengunjung untuk memberi kemenangan kepada Adik Farhah. Bahan-bahan terbuang yang dijadikan bahan utama buku skrap tersebut ialah kertas surat khabar, daun, rumput, plastik, kulit kayu dan batu-batu kecil.
Kesungguhan Adik Farhah semasa menyediakan buku skrap tersebut telah menyerlahkan bakat dan kreativiti yang dimilikkinya dan tidak hairanlah jika di suatu masa nanti Adik Farhah mampu merealisasikan cita-citanya untuk menjadi Doktor.
Tahniah kepada guru-guru pembimbing iaitu Pn.Rosni,Pn.Halimah,Pn.Rahmah dan guru-guru lain yang turut menjayakan pertandingan tersebut.

Wednesday, May 12, 2010

UCAPAN KREATIF HARI GURU



Pelajar-pelajar SK Seri Dusun dijemput membuat ucapan kreatif kepada guru-guru SK Seri Dusun secara menulis di ruangan "comments" di bawah. Ucapan kreatif anda berpeluang menerima "hadiah misteri". Peluang ini terbuka kepada murid-murid SK Seri Dusun sahaja. Pastikan nama penuh dan nama kelas dimasukkan.

SELAMAT HARI GURU

Sunday, May 9, 2010

PELAJAR SK SERI DUSUN JOHAN BUKU SKRAP

HARI PUTERI ISLAM (PPIM) PERINGKAT DAERAH BALING SIK
SK SERI DUSUN JOHAN BUKU SKRAP


Sambutan Hari Puteri Peringkat Daerah Baling Sik telah diadakan pada 8 Mei 2010 bertempat di Sekolah Menengah Tunku Putera.Pelbagai pertandingan telah diadakan sempena hari tersebut.Sekolah-sekolah dalam Daerah Baling Sik telah menyertai pertandingan tersebut.Majlis perasmian pertandingan telah disempurnakan oleh Tn.Hj.Abd.Rashid bin Md.Yosof, Pegawai Pelajaran Daerah Baling Sik.Pertandingan yang dijalankan ialah;

1. Pertandingan Buku Skrap
2. Penulisan Kreatif
3. Membuat Buku Log
4. Gubahan Sireh Junjung
5. Bercerita
6. Hafazan

Pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Dusun turut serta menyertai beberapa acara dan telah berjaya dalam beberapa acara yang dipertandingkan iaitu;

1. Johan bagi Pertandingan Buku Skrap. Peserta SKSD yang berjaya ialah adik Nurul Farhah Izzatie bt.Azlin dan adik Ummi Nadzirah bt.Hasbullah.

2. Naib Johan pertandingan Penulisan Kreatif. Peserta SKSD yang berjaya ialah adik Nurul Syafiyah bt. Kamarulzaman

3. Naib Johan Pertandingan Buku Log. Peserta SKSD yang berjaya ialah adik Nur Asmaa' bt.Rohani dan adik Aida Nazira bt. Ahmad.

Tahniah kepada peserta-peserta yang berjaya dan juga kepada guru-guru pembimbing iaitu Pn.Rosni bt.Khalib, Pn.Aziyatun bt.Arif,Pn.Rahmah bt.Hasan, Pn.Siti Basirah bt.Abdullah dan Pn.Rohani Razak. Pertandingan anjuran Puteri Islam berjaya mencungkil kreativiti dan bakat pelajar dalam pelbagai bidang. Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian cemerlang yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar.

Sunday, March 21, 2010

PERTANDINGAN MENULIS - SEKOLAH KEBANGGAANKU

Tahniah kepada pemenang pertandingan menulis anjuran Pusat Sumber Sekolah SKSD

PEMENANG PERTAMA


SEKOLAH KEBANGGAANKU

Nama sekolah saya ialah Sekolah Kebangsaan Seri Dusun. Sekolah ini terletak di Jalan Melati, 08200 Sik, Kedah Darul Aman. Sekolah ini dibuka pada tahun 1990. Semenjak penubuhan sekolah ini telah mencapai pelbagai anugerah samaada di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

Sekolah ini sering dilawati oleh pelbagai jenis sekolah dari luar dan dalam negeri untuk melihat dan mempelajari bagaimana sekolah ini berjaya. Sekolah ini diterajui oleh seorang Guru Besar yang amat berdedikasi dan rajin. Beliau ialah Tuan Hj. Abd Manap bin Hj. Abd Majid. Disamping itu, Guru Besar sekolah ini juga dibantu oleh 37 orang guru penolong.

Ramai ibu bapa suka untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah ini. Mereka berharap agar anak akan berjaya seperti mana kejayaan yang diperolehi oleh sekolah ini.

Setiap tahun, sekolah ini akan mengadakan mesyuarat PIBG pada awal bulan Januari. Dengan mengadakan mesyuarat PIBG pada awal tahun ianya dapat memulakan pelbagai aktiviti bersama dengan ibubapa lebih awal demi untuk meningkatkan prestasi pelajar dan sekolah.

Pada tahun ini, sekolah telah mewajibkan semua pelajar tahun 1 hingga 5 untuk belajar kelas Kafa pada waktu petang pada jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.

Pada setiap tahun, sekolah ini akan mengadakan sukan tahunan lebih awal berbanding sekolah lain supaya sesi pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar. Saya merasa sangat seronok dan bangga kerana dapat belajar di sekolah ini.
NAMA : ANIS HAYATI BINTI SHABUDIN
TAHUN : 6 BITARA

PEMENANG KEDUA


SEKOLAH KEBANGGAANKU

Sekolah saya ialah Sekolah Kebangsaan Seri Dusun. Alamat sekolah saya ialah Jalan Melati, 08200 Sik, Kedah Darul Aman. Saya amat berbangga menjadi pelajar sekolah ini kerana sekolah ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Pertamanya, sekolah ini mempunyai pengurusan pentadbiran yang baik dan kemas. Nama Guru Besar sekolah saya ialah Tn. Hj Abd Manap bin Hj. Abd Majid. Nama Penolong Kanan Pentadbiran sekolah saya pula ialah Tn. Hj Abdullah bin Md Isa.

Keduanya sekolah ini pernah memperolehi banyak anugerah. Pada tahun 2004,sekolah saya menjadi Johan Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan Kategori Luar Bandar. Pada tahun 2005 pula, sekolah saya menjadi Johan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran.

Seterusnya, sekolah ini menjadi kebanggaan saya kerana semua pelajarnya berdisiplin, rajin, bertanggungjawab dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Guru-gurunya pula berkemahiran dan sanggup berkorban masa dan tenaga untuk semua pelajar. Semua pekerja sekolah turut melibatkan diri dengan aktiviti sekolah.

Akhir sekali, banyak program yang telah dilaksanakan untuk pelajar dan waris. Program Ibuku Sayang, Program Gotong Royong dan mesyuarat PIBG mewujudkan hubungan yang baik antara pihak sekolah dan waris. Aktiviti kelas tambahan, Kem Bestari Solat, perkhemahan dan lawatan dijalankan untuk membantu pelajar pada masa akan datang.

Sesuai dengan moto sekolah iaitu " ILMU AMAL TAQWA " saya berbangga menjadi pelajar sekolah ini kerana dididik untuk menjadi pelajar yang berjaya di bidang akademik dan juga sahsiah. Saya amat berbangga sekali jika suatu hari nanti sekolah saya menjadi sekolah ternama dan dikenali oleh masyarakat sekitar dan orang luar kerana memperolehi pelbagai kejayaan.
NAMA : NABIHA BINTI MOHAMED IBRAHIM
TAHUN : 5 BITARA


SEKOLAH KEBANGGAANKU

PEMENANG KETIGA


Nama sekolahku Sekolah Kebangsaan Seri Dusun. Ia terletak di Jalan Melati, Kampong Dusun iaitu lebih kurang 1 kilometer dari Pekan Sik. Kampung yang terdekat dengan sekolah ialah Kampong Dusun. Kampung-kampung lain dari sekitarnya ialah Kampung Mandol, Kampong Namek, Taman Seri Enggang, Taman Kenanga, Taman Orkid dan Taman Seroja. Ia juga terletak berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Sik dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik. Kedudukannya berhampiran dengan kawasan perumahan meudahkan murid-murid datang ke sekolah.

Sekolahku sesungguhnya menjadi kebanggaanku. Ianya besar dan cantik. Di sekolah ku tiada tong sampah kerana kami dilatih tidak membuat sampah yang boleh mengotorkan kawasan sekolah. Di sekolahku banyak pokok-pokok bunga yang sentiasa dijaga oleh pekerja sekolah. Terdapat juga pokok-pokok herba berhampiran dengan kedai koperasi. Terdapat juga sudut-sudut untuk pembelajaran serta bilik khas seperti bilik J-QAF, Pusat Akses, Bilik Kaunseling, Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Bilik Mas Kejora, Bilik PPSMI, Pusat Sumber dan Makmal ICT. Bilik-bilik ini dihias rapi.

Guru Besar sekolahku bernama Tn. Hj Abd Manap bin Hj. Abd Majid. Beliau seorang yang baik tetapi tegas. Beliau selalu menasihati kami agar sentiasa rajin belajar dan menjadi orang berguna kepada agama dan bangsa. Guru-guru juga sentiasa memberi motivasi agar kami menjadi peljaar yang cemerlang.

Aku merasa gembira dan berbesar hati kerana dapat belajar di sekolah ini. Aku bersyukur mendapat kawan-kawan yang baik. Aku sayang akan sekolahku. Sekolahku sememangnya menjadi kebanggaanku.

NAMA : MUHD NUR SULAIMI BIN OMAR
TAHUN : 4 BITARA

Friday, March 19, 2010

Selamat Datang

Selamat datang ke blog legasi seri dusun. Semoga semua pengunjung dapat manfaat yang berguna daripada blog ini.